Sukan Olimpik Musim Panas 2024
Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Sukan Olimpik 2024 (Inggeris: 2024 Summer Olympics; Perancis: Jeux olympiques d'été de 2024) atau secara rasminya Sukan Olimpiad XXXIII (Inggeris: Games of the XXXIII Olympiad; Perancis: Jeux de la XXXIIIe Olympiade), dan turut dikenali sebagai Paris 2024, merupakan temasya sukan yang akan diadakan di Paris, Perancis dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.[1]Temasya ini merupakan kali ketiga bandaraya Paris menganjur Sukan Olimpik, selepas tahun 1900 dan 1924. Paris akan menjadi bandar yang kedua untuk menganjur Sukan Olimpik sebanyak tiga kali selepas London. Tahun 2024 juga merupakan ulang tahun keseratus bagi Sukan Olimpik 1924 yang turut dianjurkan di Paris. Temasya ini turut merupakan kali keenam Sukan Olimpik dianjurkan di negara Perancis.(3 edisi Sukan Olimpik Musim Panas dan 3 edisi Sukan Olimpik Musim Sejuk).Proses pembidaan untuk edisi Sukan Olimpik ini bermula pada tahun 2015. Lima bandaraya telah menyerahkan pencalonan mereka, tetapi Hamburg, Rom dan Budapest telah menarik diri, akhirnya tinggal hanya Paris dan Los Angeles yang membida. Usul untuk melantik tuan rumah bagi edisi 2024 dan 2028 telah diluluskan semasa Mesyuarat Khas IOC yang diadakan di Lausanne, Switzerland pada 11 Julai 2017.[2] Pada 31 Julai, persetujuan dicapai antara IOC, Paris dan Los Angeles bahawa Paris akan menganjur Sukan Olimpik 2024 dan Los Angeles pula akan menganjur pada tahun 2028.[3] Keputusan ini diumumkan semasa Mesyuarat IOC Sesi ke-131 yang dianjurkan di Lima, Peru pada 13 September 2017[4]

Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Upacara pembukaan 26 Julai
Stadium utama Stade de France
Bandar tuan rumah Paris, Perancis
Upacara penutupan 11 Ogos

Rujukan

WikiPedia: Sukan Olimpik Musim Panas 2024 http://www.abc.net.au/news/2017-08-01/paris-set-to... http://gamesbids.com/eng/summer-olympic-bids/2024-... http://www.sportspromedia.com/news/report-ard-and-... http://www.sportspromedia.com/news/wednesdays-dail... http://hungarytoday.hu/news/hungarian-public-telev... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b...